3/24/2012

BANGSAWAN & TOKOH BANGSAWAN


header



PENGENALAN PRODUKSI BANGSAWAN

Bangsawan merupakan subjek teras yang diperkenalkan kepada pelajar Diploma Tahun 2 di ASWARA. Subjek ini menerapkan asas ilmu teater yang sudah lama diwarisi di negara ini kepada pelajar untuk mereka memahami dan mengembangkan seni tanah air kepada khalayak. Ini dapat dilihat semasa proses pembelajaran dalam semester ke-2, yang mana penubuhan produksi besar menuntut pelajar mengadaptasi seni teater ini dengan kerjasama yang melibatkan semua fakulti.


OBJEKTIF

ASWARA merupakan salah satu institusi pendidikan yang mengkhususkan kepada pengajian seni. Melihat kepada kepentingannya di dalam memelihara seni warisan di masa hadapan, pelbagai inisiatif dianjurkan untuk mendekatkan khalayak kepada khazanah budaya tanah air melalui aktiviti persembahan sama ada persembahan pentas, galeri atau tayangan visual.


TOKOH BANGSAWAN

 

Rahman B atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Bakar dilahirkan pada 18 Mei 1934 di Kelang, Selangor. Beliau membesar dalam dunia bangsawan, mula menceburkan diri dalam bidang ini seawal usia lapan tahun. Antara kumpulan bangsawan yang telah menaikkan namanya adalah kumpulan Rahman Star Opera dan Bangsawan Bintang Timur. Rahman B telah menjadi penerima Anugerah Seni Negara ke-6 pada tahun 2003 yang membawa gelaran Seniman Negara. Kini, Rahman B merupakan Adiguru bangsawan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 1996. 


Untuk mengetahui lebih lanjut sila kunjungi :



~ Pengurusan Pemasaran & Publisiti ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...