3/24/2012

ASWARA


header




PENGENALAN ASWARA

Pada tahun 1994, AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Kini, AKADEMI SENI KEBANGSAAN telah dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA dan WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didukung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. ASWARA juga merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademi serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

ASWARA bertanggungjawab melahirkan graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan serta pentadbiran warisan dalam pelbagai jenis.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan ASWARA adalah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, serta pusat penyelidikan dan penerbitan akademi dan khidmat nasihat professional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

VISI

Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan Negara yang diiktiraf oleh Negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kea rah pembangunan sosial.

MISI

-   Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.

-    Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan professional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.

-   Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.

-    Menjadi badan pengiktirafan pengamal professional seni budaya dan warisan.


MOTO

        “… Melangkah ke hadapan bersama tradisi…”


LOGO


Pohon beringin atau ‘gunungan’ adalah lambang kejayaan dalam wayang kulit. Ia dilihat sebagai puncak kejayaan serta payung yang menaungi kehidupan. Simbol puncak dan naungan inilah yang menjadi lambang AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi menyatakan ilmu sebagai elemen yang paling bernilai dalam memayungi hidup seseorang insan. Kini logo ASWARA telah diperbaharui dan ditukar untuk menambah elemen tarikan seiring dengan misi memperkenalkan ASWARA ke seluruh pelusuk dunia.


NOTA : Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ASWARA sila kunjungi : 



~ PENGURUSAN PEMASARAN & PUBLISITI ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...